type='text/javascript'/>

Wednesday, February 4, 2009

tahun 2009..
azam nak kuruih badan..hmm.leh ker?
lepas ada baby ni asik nak mamam jek..haha!
tapi my hubby suh kuatkan semangat..diet same2 ng dia..
tapi aku cam xleh jek..banyak dah bace petua2..baru anak satu;huhu..
org kate baby lasak mama die jadi kurus..tak pon..

Antara petua2 nak kurus yang aku dapat..
Minum 8 gelas air sehari.
Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan metabolisme simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan berat-berat, cuba minum air pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

Kurangkan garam.
pengambilan garam yagn tinggi menggalakkan penakungan air. mengurangkan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

Sarapan Pagi.
mengambil sarapan pagi membantu mengurang berat badan anda. sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. kadar metabolisme juga meningkat untuk membakat kalori.


Makan dengan perlahan.

nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan. apabila makan secara perlahan, tubuh akan menunjukkan isyarat menunjukkan kepuasan.


Makan buah dan sayur.

buah2an dan sayur2an adalah sumber baik untuk vitamin, mineral dan serat dan mengandungi kandungan lemak yang rendah.

Elak minuman bergas.
minuman bergas biasanya mengandungi tujuh hingga lapan sudu gula dan tidak baik untuk tubuh.

Gula-gula getah.
jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi atau kunyahlah gula-gula getah kerana rasa mint atau berangin akan membantutkan selera anda.

Kurangkan marjerin.
kurangkan pangambilan marjerin dalam menu harian anda.

Rebus, panggang dan kukus.
cara memasak paling baik ialah dengan merebus, memanggang dan mengukus untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan.


Kurangkan gula.

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilo kalori.

Read more...

H.A.R.I2 B.E.R.S.E.J.A.R.A.H

Lilypie - Personal pictureLilypie Daisypath

About This Blog

Picture

Picture

Blog Archive

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP